Jenazah Dikebumikan Tanpa Kain Kafan

SUAMI TINGGAL JENAZAH ISTERI DI HOSPITAL KERANA TIDAK CUKUP BIAYA

Sebuah tragedi tak terduga berlaku apabila seorang suami secara mengejut memaklumkan yang isterinya telah meninggal dunia. Pihak hospital di Kuala Lumpur memerlukan kos biaya sebanyak RM850 untuk pengurusan jenazah isteri beliau. Jumlah yang sangat besar bagi seorang yang tidak mempunyai simpanan. Hampir sahaja beliau meninggalkan Jenazah di Hospital terlintas untuk menghubungi kami Kiswah Care, dan pada malam yang sama kami bantu mudahkan urusan dengan menghantar set jenazah bagi membantu memudahkan urusan pengebumian isteri keesokan harinya.

Menyedari masalah yang dihadapi oleh banyak keluarga lain seperti ini. Kami pertubuhan Kiswah Care memulakan usaha pengumpulan dana ini, tidak hanya membantu dalam situasi darurat seperti ni, tetapi juga mengagihkan set jenazah secara percuma kepada Hospital, Masjid dan juga rumah warga Emas.


Kiswah Care memberi komitmen untuk membantu asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan agar tiada seorang pun harus mengalami kesukaran yang sama dalam menguruskan jenazah keluarga tersayang.


Keutamaan dan keperluan untuk sentiasa ada back-up set pengurusan jenazah terutama di masjid surau berhampiran juga di kawasan pedalaman teramatlah penting untuk memastikan tuntutan fardhu kifayah ini terjaga.

Anda bayangkan masih ramai menghadapi situasi ini setiap kali kematian menimpa ...

Menjadi Fardhu Kifayah Buat Anda !
Sekiranya Masih Ada Yang Tidak Mampu Menguruskan Jenazah.

Anda merupakan insan pilihan Allah untuk bersama-sama dalam membantu usaha mengedarkan set pengurusan jenazah di kawaasan pedalaman untuk melengkapkan tuntutan fardhu kifayah ini.

Dana sebanyak RM850,000 diperlukan

Masalah pembayaran kos pengurusan jenazah bagi asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan.

Dengan sedikit sumbangan daripada anda, insyaAllah dapat membantu mengurangkan beban kos pembayaran set kelengkapan jenazah, RM200 sehingga RM300 untuk setiap jenazah akan dicaj oleh masjid kepada waris mengikut lokasi.

Ada empat kewajipan seorang muslim terhadap saudaranya, orang Islam yang meninggal dunia, iaitu memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan menguburkannya. Namun, masih ramai lagi keluarga islam diluar sana yang tidak mampu menguruskan dan menyediakan kelengkapan set pengurusan jenazah.

Sekiranya tidak dibantu, implikasinya bakal menjadi FITNAH kepada agama, dan lebih buruk lagi sekiranya jasad muslim dibantu oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Justeru, kami di Kiswah Care membuka peluang kepada semua untuk kita bersama-sama meringankan beban saudara seislam dengan membantu menyediakan kit kelengkapan pengurusan jenazah ini.

Bantuan ini akan digunakan untuk pengurusan

1. Jenazah muslim yang tak dituntut
2. Jenazah yang tiada waris
3. Ahli keluarga jenazah yang tidak berkemampuan



Set kelengkapan pengurusan jenazah seperti berikut :-

Di Mana Lokasi Untuk Di Edarkan Set Pengurusan Jenazah Ini ?

Kempen daripada kami Kiswah Care akan membantu masjid-masjid, Hospital & NGO yang menguruskan jenazah untuk mengurus jenazah pada kos yang lebih rendah dimana kos kain kafan adalah dibawah tanggungjawab seliaan pihak kami.

Dengan inisiatif ini, kos impan dalam pembelian kain kafan khusus kepada masyarakat terutamanya Asnaf dapat dikurangkan secara mendadak, sehingga hari ini 2000 individu dari golongan Asnaf lebih telah mendapat manfaat hasil daripada sumbangan orang ramai. Alhamdulillah.

Pihak Kiswah Care juga telah menjalinkan kerjasama dengan 30 buah masjid di sekitar Selangor, dengan kerjasama NGO seperti Amal Team, Amal Valley, Afiz Ayob Foundation, Pertubuhan Kasih Ummah (Ebit Liew), Rumah Warga Tua, Yayasan Ikhlas, Pertubuhan Al-Ridzuan juga dengan kolaborasi bersama Kementerian Kewangan & LHDN.

Kolaborasi terbaru, bersama MBI (Menteri Besar Selangor Incorperated) untuk membekalkan set jenazah ke sekolah-sekolah di Selangor. Sasaran kami adalah sebanyak 6,382 buah masjid di seluruh Malaysia dengan agihan 5 set kain kafan setiap sebuah bakal menerima manfaat dengan agihan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri.

Kiswah Care juga sedang giat menjalankan kempen 1 Rumah 1 Set Pengurusan Jenazah dan memfokuskan kepada penerima dalam kalangan Asnaf, terutama Asnaf Bandar dan Luar Bandar.

Apa Kebaikan Bila Kita Wakafkan Set Pengurusan Jenazah ?

Jangan Risau!
Kami Telus Dengan Amanah Anda

Lihat apa kata Tuan Haji Aminuddin, salah seorang penyumbang yang merasai sendiri detik kematian insan yang hampir dengannya.


RAKAN KERJASAMA KAMI :

Ke Mana Dana Yang Disumbangkan ?

Setiap ringgit daripada dana yang tuan puan sumbangkan kepada kempen set pengurusan jenazah ini,

Akan digunakan sebaiknya kepada mereka yang memerlukan, bukan sahaja sekadar dengan memberikan set kit pengurusan jenazah ini sahaja, bahkan juga kami gunakan untuk tujuan kebaikan-kebaikan yang berikut :

Anjuran untuk menyegerakan urusan jenazah

Rasulullah SAW bersabda :
“Segerakanlah pengurusan jenazah. Karena, jika jenazah itu baik, maka sudah seeloknya kalian mempercepatnya menuju kebaikan. Dan kalau tidak demikian (tidak baik), maka adalah keburukan yang kalian letakkan dari leher-leher kalian

-Daripada Abu Hurairah r.a.-

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyumbang Bagi Membantu Kempen Set Pengurusan Jenazah

8605755465
Kiswah Care
(Ref : Kain Kafan)

8605755465

Kiswah Care

( Ref : Kain Kafan)

Pilih Kuantiti Sumbangan Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih Cara Pembayaran

Infaq Set Pengurusan Jenazah © 2023 All rights reserved.
By Kiswah Care